Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017 telah diperkenalkan dan mula dikuatkuasakan pada 1 Januari 2018. Semua majikan sektor swasta perlu membayar caruman bulanan bagi setiap pekerja. (Dikecualikan kepada penjawat awam dan yang bekerja sendiri)
Caruman Sistem Insurans Pekerjaan(SIP) adalah wajib .
Caruman untuk Sistem Insurans Pekerjaan bahagian pekerja adalah 0.2% berdasarkan gaji asas.
Kiraan
Gaji asas seorang pekerja Rm1500
Caruman SIP 0.2% = Rm3
Tuntutan Kelayakan
Semua pekerja yang diinsuranskan yang kehilangan pekerjaan kecuali :
Perletakan jawatan secara sukarela
Tamat tempoh kontrak perkhidmatan.
Penamatan kontrak perkhidmatan atas persetujuan bersama majikan
Penyiapan kerja mengikut kontrak perkhidmatan
Penamatan kontrak perkhidmatan disebabkan oleh salah laku