"Eh, abang dah balik? Tak dengar abang bagi salam. Sayang tengah goreng pisang tadi," bicara Zureen Sofea apabila mendengar pintu rumah mereka ditutup. "Wah, sedapnya pisang goreng tu. Tapi takyah letak cheese ye sayang." Zureen Sofea tahu suaminya tidak begitu menggemari makanan yang diberi penambahanbaikan seperti pisang cheese, murtabak cheese, dan sebagainya. "Amboi, rambut ikat toncang dua," seloroh suaminya sesudah menyalin pakaian kerja kepada Tshirt berwarna merah muda dan kain pelikat. "Hehe. Kalau Sayang happyy, Sayang ikat rambut toncang dua macam ni lah." Balas Zureen Sofea manja dan sedikit menggoyangkan kepala ke kiri dan ke kanan. "Apa yang buat Sayang happy hari ini?" tanya suaminya melayan telatah Zureen Sofea. "Sayang happy sebab dah rasa baby kita ni gerak-gerak!!" jerit Zureen Sofea dengan penuh keriangan.
"Yeke. Abang pun happy jugak," balas suaminya menambah kegembiraan Zureen Sofea. Fikiran Zureen Sofea terkenang pada hari pertama pertemuan mereka, kira-kira sembilan bulan yang lalu. Pertemuan yang diatur oleh kawan baik mereka, Man Dedak dan juga Zahra Aisyah. Man Dedak merupakan tokey dedak dan baja yang amat terkenal di kampung suaminya. Zahra Aisyah pula kawan sekolej Zureen Sofea. Pada masa itu, Asyraf Safaraz begitu pemalu dan tidak banyak bercakap. Tetapi sempat juga mencuri pandang wajah manis dan lembut Zureen Sofea. Redup matanya pasti menawan hati sesiapa sahaja yang memandang. Walaupun bersahaja dan tenang orangnya, Asyraf Safaraz mempamerkan sesuatu yang berkualiti yang patut ada dalam diri setiap jejaka. Iaitu memesan makanan tanpa perlu melihat pada menu makanan. Ciri-ciri ini susah hendak dicari. "Nasi goreng daging dan Ice Lemon Tea," ujar Asyraf Safaraz tenang setelah mengambil tempat duduk di meja makan. Kelihatan Man Dedak masih menyelak menu makanan berkulit tebal itu.